Carilah jika mahu ketemu;
setiap titik darahmu
tetap bergabung
berupa apa kau mahu
dan cari.
carilah kamu
pada sisi-sisi beda;
ia tidak sama rumus matematik
seperti ketaksamaan linear
dan pencarian bukan sebentar
atau semudah membaca sajak cinta
ya carilah kamu
di mana-mana kemahuanmu
dan ketemu
biar pertanyaan terus menikam
terus bertanya
sama dengan apa, kamu.
-Jalan Gangsa, Alor Setar
No comments:
Post a Comment