Sunday 3 June 2012

Lukisan kosong

lukisan kosong telah  kuhadiahkan kepada angin
musim kemarau yang lepas ia menjadi warna kelabu
beku dan dingin
tidak kau seperti dulu-dulu
semalam yang tiada

sejahteralah sebidang kanvas tanpa corak
ia kita sentuh; kita catkan dengan senyum
saling menjadikan warnanya tetap kelabu bagai awan mendung
tak berarak
kosong masih persis semalam.

kau berdiamlah di sudut itu kerana aku pun sedar
pada sepotong ilham sekadar warna ia menjadi tanda
seni yang begitu sifatnya;
ini bukan tanda percintaan panjang
bukan sederhana dalam perjuangan
kerana belum kita lukis peribadi jiwa
arah gelandangan

ke mari. berikan aku secalit warna putih
akan kukosongkan lagi lagu kasmaran kita
seperti irama lalu
beku dingin dan tidak rata
tidak kau seperti dulu-dulu lagi
semalam yang jauh.

lukisan itu simpanlah ia
menjadikan kosong semata. derita
atau cinta.



No comments:

Post a Comment