Friday 8 June 2012

cinta lelaki tanpa tajuk

akulah lelaki kurus yang sugul
tak puas bercinta dengan kata-kata
perempuan tersayang, aduh.

Sunday 3 June 2012

Lukisan kosong

lukisan kosong telah  kuhadiahkan kepada angin
musim kemarau yang lepas ia menjadi warna kelabu
beku dan dingin
tidak kau seperti dulu-dulu
semalam yang tiada

sejahteralah sebidang kanvas tanpa corak
ia kita sentuh; kita catkan dengan senyum
saling menjadikan warnanya tetap kelabu bagai awan mendung
tak berarak
kosong masih persis semalam.

kau berdiamlah di sudut itu kerana aku pun sedar
pada sepotong ilham sekadar warna ia menjadi tanda
seni yang begitu sifatnya;
ini bukan tanda percintaan panjang
bukan sederhana dalam perjuangan
kerana belum kita lukis peribadi jiwa
arah gelandangan

ke mari. berikan aku secalit warna putih
akan kukosongkan lagi lagu kasmaran kita
seperti irama lalu
beku dingin dan tidak rata
tidak kau seperti dulu-dulu lagi
semalam yang jauh.

lukisan itu simpanlah ia
menjadikan kosong semata. derita
atau cinta.



Saturday 2 June 2012

Biar aku lena di gebu pipimu (chewwah)

bukan aku keterlaluan memilih ranjang
hingga kau bermimpi di singgahsana bulan
saat cahayanya sebahagian kuning bersalut wap dingin
ada aku betah menggelupur dan bertahan
dan air matamu menjadi mahal
untuk jatuh ke lantai
kuseka alirnya menjadikan sajak
demi sajak.

ah.

#Kau

antara kira adalah rahsia waktu
bercakar mahupun berdansa.

kerana telah kita tulis satu  per satu
keinginan menakluk jawapan
atas pertanyaan yang menekan
kata-kata tulus lagi pahit
bisa bersatu sebagai ikhlas.

dan masa lalu semakin lama berubah
seperti rambutmu nanti
juga kumisku akan faham
makna kepada jawapan tuhan
dikirimkan perlahan dan halus

;kau